Aku kadang2 konfius dengan golongan2 ala ustaz/ustazah
google yang terlalu bersangka baik tak kena tempat.Kadang2 Kita patut boleh
bezakan bersangka baik dengan samaada ia logic atau tidak.Ada juga yang
bersangka baik sebab nak tunjuk baik.Dalam islam memang kita disuruh bersangka
baik tetapi biar bertempat.Ada ‘tetapi’ di situ yer.
Kita dikurniakan akal untuk berfikir.Bezakan samaada sesuatu
tu logik ke kita bersangka begitu begini.Contohnya seorang suami terjumpa
isterinya dengan lelaki lain di atas katil dan suami tu yang kononnya nak
bersangka baik fikir maybe diorang bincang pasal kerja.Adakah patut??Itu bukan
bersangka baik tetapi bodoh namanya.Mungkin jenis otak suami tu terencat atau
terkena virus jangkitan tikus.
Contoh lagi kita ternampak seorang lalaki pegang botol arak
sambil jalan tak berapa betol keluar dari kelab malam dan kita kononnya nak
bersangka baik kata dalam hati maybe lelaki ni minum air orange je kot..dia
jalan cam tu sebab pening dan dia keluar dari kelab tu sebab urusan perniagan
kot.Itu bukan lah bersangka baik tetapi bebal namanya.
Ada juga perempuan2 yang terlalu sayangkan boyfriend terlalu
percaya dalam erti kata lain terlalu bersangka baik dengan kekasih hati.Ya,kita
tahu bila hati sudah sayang kita akan secara automatic mengisyaratkan otak kita
percaya sahaja yang dipercakapkan dan ignore kan logic ke tak.Apabila lelaki tu
kata diri dia sebenarnya ultraman yang pernah melawan raksasa dia pon
percaya.Kesian dengan golongan perempuan2 seperti itu.
No comments:
Post a Comment