Saturday, February 14, 2015

Muhasabah-Look Your First Dulu Sayang

Pertama kali tulis blog setelah 2 tahun tak tulis..Tu pun baru teringat yg sy ni ada blog rupanya..hehe..

Muhasabah gitew tajuk..ala2 islamic gitew tajuk....kikiki =)


2013 and previously adalah tahun yg sy boleh simpulkan sebagai tahun kehancuran dan tahun2 yang malang.Maknanya..tahun 2013,2012,2011 dan tahun2 yg sebelum tu memg tahun2 yg mendukacitakan..huhu..


Sy selalu bernasib tak baik..Dari semua segi..Sometime sy tertanye2 ape lah sebbnya..Sy tak buat benda2 maksiat seperti berzina,minum arak dan sebagainya...kenapa hidup sy tak best? why i cant get what i want?Nak dpt sesuatu benda yg baik memg tak la....Sy sentiasa bermonolog dalam diri..kenapa?kenapa? sy solat,tak pakai seksi,tak berzina,tak minum arak..but kenapa asyik dpt nasib malang je..


Tiba2 pada pertengahan 2013 sy rasa sgt2 putus asa.Putus asa dgn nasibdiri.huhu..
Sy ni dahla takde ape2..pastu bernasib malang lak..memng kesian lah..
Ntah macam mana sy dengan sendirinya terfikir mungkin ini semua terjadi ( nasib malang) tu berpunca dengan sikap sy yg tak baik tapi sy tak sedar. Ya memang betul.

Bukan nak bukak pekung di dada...( camtu kan eja pekung..?)..tapi ni lah sikap tak baik yg ada pada diri saya iaitu rasa diri ni betul dan org lain salah.


Ya..sy selalu rasa diri ni seperti tak berdosa...diri sy baik..just sebb sy solat,tak wat maksiat..sy ni memang baik..org lain lak jahat dan salah...sedikit pun taknk salahkan diri sy.Dan sikap inilah lah yg menyebbkan diri sy seperti tiada aura baik yg mendekati malah menjauhi.Sebenar bukan solat 5 waktu or tak lakukan maksiat semata2 baru sesuatu yg baik akan mendekati..tapi kena mulai dengan hati dan fikiran yg bersih,Tidak dinafikan hati sy ketika itu kotor tanpa sy sedar.

Nasib Allah sedarkan sy dengan tiba supaya sy sendiri perlu  muhasabah diri.Sy mula muhasabh diri mencari salah sy,,bukan salah orang.Banyak,Memang banyak..Terutamanya dari sudut hati.Sy mula benar2 sedar yg hati sy perlu dibersihkan.Sy betul2 rasa bersalah dengan diri sendiri.Sy mula lihat kesilapan diri.Dan mulai dari hari itu sy berdoa supaya tuhan sentiasa bersihkan hati  sy.


Ajaibnya kuasa Allah itu.Betulla kata para ulama,betulkan diri dahulu.. baru kita dapat apa yang kita nak. Dan betullah apa yg Allah s.w.t turunkan melaui surah ArRa'd ayat 11 yg bermaksud

''Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya''

Dan pada pengakhiran 2013..apabila sy mulai sedar.. sy lihat nasib sy mula berubah.Sy mula dapat apa yg sy hajati.Sy dapat kerja baru yg sy suka scope kerjanya dan yg gajinya lebih baik dari gaji sebelum ni.Sy dapat kawan2 office yg sy rasa respect sy.Sy dapat beli kereta,sy dapat pergi melancong (dalam negeri),yg luar negeri singapore dan Vietnam (company trip yg sy tak payah bayar ape pun),Sy pun dapt nasib baik yg tiba2 seperti tiba2 ada je orang belanja sy makan dan tibe jumpa duit 50 ringgit.Dan yg paling sy terharu sangat,,,

Saya akan menunaikan umrah bersama keluarga pada bulan March ini.In-Shaa-Allah.

Look our Fault First..Think..Muhasabah..And You Will Get Want You Want.In Shaa-Allah.

ps:Sy bukan nak bangga diri tapi sy percaya ramai yg macm sy dan tertanya2 kenapa selalu kita selalu bernasib malang..sedangkan kita tak sedar,kesalahan diri sendiri la punca nasib malang kita.