Sunday, August 11, 2013

All Can Be Ok,If u Born Perfect

Kalau kita dilahirkan perfect paling tak pon sederhana kita tidak akan rasa perasaan orang yang serba kekurangan.Serba kekurangan disini bukan lah semata2 disebabkan factor kewangan sahaja.Contohnya yang lebih jelas kekurangan dari segi fizikal seperti tiada tangan,kaki sejak lahir,sumbing atau sebagainya la.
 

Sebenarnya nak cerita pasal mereka yang dilahirkan sindromdown.Mereka selalu diejek,digelak.Walaupun orang2 bodo yang gelak itu bagi alasan tak logic seperti tak sengaja nak gelak sebb ianya spontan…dan orang yang kena gelak tu hanya diam dan kadang2 senyum..tapi tau tak yang diorang pon punya perasaan.Walau diorang begitu,diorang punya perasaan jugak.Diorang manusia yang punyai perasaan bukannya dinding atau meja paling tak pon kerusi.


Ni lagi satu nak cerita,aku ada baca satu blog and blogger tu cerita pasal seorang pak cik tua gila.Blogger tu kutuk2 pak cik tu kata macam mana la org gila leh terlepas naik ktm?Dan dia kutuk2 lagi sebb pacik tua gila tu wat bising..gelak sorang konon2 cam mengangu la blogger tu.
Hello blogger…ko tau tak orang2 gila macam tu tempatnya syurga kalau dia mati dalam keaadaan macam tu?Yang ko tu..??Kalau perempuan seksi cantik menawan gedik2 dengan kau..suka pulak kau kan..takde plak pulak nak kutuk kan…dasar lelaki…

Reality.Kalau mereka yang look good in physically,cun,hensem,kaya,ada kedudukan…Takde siapa nak perlekehkan…tiada siapa yang nak gelak…kutuk…semuanya okey..walau diorang buat salah besar macam mana pon semuanya will be fine..and orang ustaz/ustazah akan cakap semua org melakukan kesilapan..hok aloohhh… =(


Bersangka baik or Logik?

Aku kadang2 konfius dengan golongan2 ala ustaz/ustazah google yang terlalu bersangka baik tak kena tempat.Kadang2 Kita patut boleh bezakan bersangka baik dengan samaada ia logic atau tidak.Ada juga yang bersangka baik sebab nak tunjuk baik.Dalam islam memang kita disuruh bersangka baik tetapi biar bertempat.Ada ‘tetapi’ di situ yer.

Kita dikurniakan akal untuk berfikir.Bezakan samaada sesuatu tu logik ke kita bersangka begitu begini.Contohnya seorang suami terjumpa isterinya dengan lelaki lain di atas katil dan suami tu yang kononnya nak bersangka baik fikir maybe diorang bincang pasal kerja.Adakah patut??Itu bukan bersangka baik tetapi bodoh namanya.Mungkin jenis otak suami tu terencat atau terkena virus jangkitan tikus.

Contoh lagi kita ternampak seorang lalaki pegang botol arak sambil jalan tak berapa betol keluar dari kelab malam dan kita kononnya nak bersangka baik kata dalam hati maybe lelaki ni minum air orange je kot..dia jalan cam tu sebab pening dan dia keluar dari kelab tu sebab urusan perniagan kot.Itu bukan lah bersangka baik tetapi bebal namanya.

Ada juga perempuan2 yang terlalu sayangkan boyfriend terlalu percaya dalam erti kata lain terlalu bersangka baik dengan kekasih hati.Ya,kita tahu bila hati sudah sayang kita akan secara automatic mengisyaratkan otak kita percaya sahaja yang dipercakapkan dan ignore kan logic ke tak.Apabila lelaki tu kata diri dia sebenarnya ultraman yang pernah melawan raksasa dia pon percaya.Kesian dengan golongan perempuan2 seperti itu.